RINDU?
Assalammualaikum :')
Di saat orang lain bahagia, aku hanya mampu tersenyum duka. Bukan cemburu atau dengki pada yang bahagia tapi lebih kepada rindukan orang jauh. Di saat semua bergelak ketawa bahagia, aku hanya mampu menangis seorang diri kerana merindukan orang tersayang yang jauh di mata. 
Kadang kadang tak tahu apa maksud rindu. Rindu itu datang jika kita rindukan seseorang hanya kerana teringatkannya. Tapi jika setiap masa hanya dia berada dalam ingatan kita, masihkah dianggap itu rindu? Atau itu semua hanya perasaan yang tak menentu bila dia tiada di sisi? Sukarnya memaknakan erti rindu. Payahnya mencerakinkan maksud rindu. Yang ternyata, aku sentiasa merindui dirinya :') 
Bila kita rindukan seseorang seringkali kita menangis. Bukan kerana apa, tapi kerana tak mampu berbuat apa apa jika rindukan seseorang. Air mata kerinduan ini seringkali mengalir. Tanpa sedar dan juga tanpa diseka. Dan sampai satu masa hanya biarkan saja ia mengalir perlahan di pipi. Lemahkah aku ni Ya Tuhan...
Seringkali perasaan ego itu datang bila rindu itu ada. Tak mahu dia tahu aku rindukan dia. Jadi aku diam saja. Aku hanya mampu menahan keseorangan. Menahan sampai hati rasa sakit. Akhirnya mengalir lagi air mata di pipi. Tegarnya aku biarkan hati sakit sendiri hanya kerana menahan rindu itu. 
Jika rindukan seseorang itu, aku sering berdoa pada Allah. Agar kerinduan itu ialah satu perasaan indah bukan nafsu semata mata. Dan biarlah malam berlalu dengan kerinduan yang sarat itu. Suatu ketika bila kita rindukan seseorang, mata ini terpejam lalu mengeluh dengan sendirinya. Lemahnya kita menahan kerinduan yang satu ini. 
Rindu. Aku harap biarlah rindu itu cuma singgah sebentar di hati ini dan biarlah selepas itu ia berlalu pergi. Bukan membenci pada perasaan rindu itu. Cuma tak mampu atau kuat lagi menahan rindu yang sarat ini. Moga hati aku sentiasa tabah. Moga hati aku sentiasa kuat. Walaupun kadang kadang aku rebah terduduk kelemahan namun aku gagahkan hati juga. Walaupun seringkali aku menangis hanya kerana rindukan orang yang aku sayang tetapi hanya Allah yang menjadi kekuatan untuk aku terus kuat kerana hanya Allah saja tempat untuk aku mengadu. Moga orang yang aku sayang mengerti betapa sayangnya aku pada dia. 
Lagu So Far Away by Avenged sevenfold aku bukakan ketika tangan menari nari pada keyboard. Ketika itu juga mata ini singgah pada cik bear yang kaku di sebelah aku. Sesungguhnya aku rindu. Namun aku hanya mampu meluahkan pada yang di atas sana. Biarlah rindu ini disimpankan dalam hati saja. And how I wish I could tell you how I feel because every night before I sleep, you're all I think about with the tears shedding :') 
Okay, need study. Night ppl x
I Love you. I Need you. And I Miss you :')
Bye ppl x
1 comments
Rindu dkat org jauh ke ?
ReplyDelete