Merdeka !
ASSALAMUALAIKUM :)
So, raya dah lepas. mesti semua dapat beraya sakan. Dapat duit banyak, dapat jumpa datuk, nenek, sepupu-sepupu dan ramai lagi. Ok, 31 Ogos ni kita akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi semua rakyat Malaysia. Korang dah kibarkan bendera Malaysia di rumah atau di kenderaan masing-masing? Kalau belum, belilah bendera Malaysia kat kedai yang berdekatan walaupun kecil. Tunjukkan semangat kemerdekaan korang semua. Mari kita menghayati saat-saat kemerdekaan negara kita.
Selepas beberapa perbincangan antara Tanah Melayu dan pihak British, akhirnya Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Selepas menandatangani perjanjian tersebut, Tunku Abdul Rahman pulang ke Tanah Melayu untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau pergi ke Banda Hilir untuk  mengumumkan tarikh kemerdekaan.
Di Banda Hilir, beliau mengumumkan bahawa tarikh kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos. Rakyat Malaysia berasa sungguh gembira dengan pengumuman tersebut.
Akhirnya pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Jadi, marilah kita sama-sama menyambut hari yang amat bersejarah bagi negara kita kerana ramai para pejuang kemerdekaan negara kita sanggup berkorban demi kemerdekaan dan kejayaan anak cucu mereka pada masa hadapan. Akhir kalam, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!




0 comments