Saat kau lihat aku ketawa atau tersenyum,
Mungkin aku kelihatan gembira,
Saat kau pandang mataku sedalam dalamnya,
Aku kelihatan sedih,
Dan,
Aku mungkin sedang berpura-pura,kegembiraan,
Aku mengukir senyuman hanyalah untuk
menahan air mataku daripada jatuh,
Ada kalanya aku senang,
Ada masanya aku susah,
Di kala ku senang
Wahh,
Tidakku sangka ramai yang berada di sisiku,
Ramai yang mengambil berat tentang aku,
Ramai yang berjanji akan sentiasa disisi ku,
Mereka semua tumpang kesenangan aku,
Aku pun merasakan dunia ini begitu indah bagi ku,
Tetapi,
Itu bertahan hanya untuk seketika,
Bila aku mula dilanda masalah,
Pergaduhan yang hanya berpunca daripada
satu salah faham,
Fitnah yang menabur untuk menjatuhkan diriku,
Aku mula mencari insan untuk berkongsi kesedihan,
Insan yang dulunya telah berjanji,
Berjanji untuk sentiasa berada disisi ku,
Dan aku mula berkongsi masalah yang membebankan,
Akan tetapi aku dicela,
Dimaki,
Dihina,
Semestinya itu perkara biasa bagiku,
Tetapi di saat ku berada dalam kesusahan,
Layakkah aku menerima jawapan yang sebegitu?
Patutkah insan itu berbuat sedemikian?
Robek hatiku,
Mengingati segala kesalahan,
Mengingati segala janji palsunya,
Mengimbau kembali di saat insan itu berada di bawah,
Aku juga tempat dia melepaskan masalah,
Aku juga yang menjadi telinga untuk 
mendengar segala kecelaruan,
Aku juga yang dia minta bantuan,
Aku juga yang turut bersedih,
Hanya untuk menyelamatkan sebuah hubungan,
Hubungan yang telah kita jalinkan,
Hubungan yang ingin aku kekalkan,
untuk selama lamanya,
Ehh,
Alih-alih aku yang dianggap,
pemusnah hubungan tersebut,
Alih-alih aku yang dimakinya,
wahh,
Indahnya dunia,
Aku mulai sedar tidak ada sesiapa yang perasan akan aku,
Aku mulai sedar tidak ada sesiapa yang perasan akan aku,
Akan kewujudan aku,
Sedar akan siapa aku,
Ambil berat tentang aku,
Aku mulai sedar yang aku hanyalah kawan di waktu susah,
Mereka hanya berkawan dengan aku kerana manfaat,
Celaka, 
Itu yang mampu aku katakan,
Aku juga menyalahkan diriku kerana begitu bodoh,
Kerana?
Sebab terlalu mudah untuk menerima seseorang baru dalam hidup,
Terlalu mudah dibuat kawan,
Terlalu mudah diberi peluang,
Terlalu mudah percaya pada seseorang,
Terlalu mudah menyayangi seseorang,
Itulah aku,
Bodoh kan?
Mereka juga sudah pastinya akan meninggalkan aku suatu saat,
Aku tidak heran,
Lebih baik aku biarkan mereka hilang,
Hilang bersama-sama janji palsunya,
Aku perlukan seorang insan,
tidak lebih,
Yang boleh membantu aku,
Memimpin aku,
Menolong aku,
Menceriakan aku,
Sentiasa ada disisi ku,
Tak kisah lah susah atau senang,
Sentiasa ada untuk aku,
Yang pastinya insan itu mestilah ikhlas untuk bersahabat denganku,
Dan boleh memimpin aku ke syurga,
Hah, meminta pula aku,
Bersyukur,
Aku tidak sempurna, perfect jauh sekali,
Sebenarnya..
Sama sahaja maksudnya,
Lawak hambar dari aku yang di dalam dilemma,
Aku hanyalah insan biasa yang bodoh.