Assalamulaikum,
Hai. Hello ! I just wanna share a story. Cerita yang saya baca dalam buku motivasi. Mungkin ada yang dah pernah dengar cerita nii. Tapi saya nak share jugakk *Hentak Kaki* xD Hm, Cerita ni dalam Versi saya sendiri okay *Kenyit Mata* So here we go..
Hari persandingan mempelai itu sangat meriah walaupun dalam keadaan serba sederhan. Semua hadirin mengakui mereka berdua pasangan yang secocok dan ada yang mencemburui mereka. Kacak dan Cantik. Sangat sepadan bagi pinang dibelah dua. Pengantin yang memakai baju yang sama rona warnanya itu saling tersenyum. Kelihatan mereka sangat bahagia.
Mereka saling mengenali, sejak berada di bangu sekolah lagi. Mereka mula menyukai dan memutuskan untuk berkhawin apabila masing-masing sudah tamat belajar dan sudah bekerja.
Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut amat bahagia. Rasa sayang antara mereka semakin bertambah dari hari ke hari. Mereka berharap, kasih sayang mereka akan kekal selamanyaa.
Suata hari, Si isteri terbaca sebuah artikel mengenai 'Cara untuk mengekalkan kasih sayang.' Lalu si isteri berkata suami, "Abang, saya terbaca satu artikel tentang cara mengekalkan kasih sayang." Suami lantas bertanya, "bagaimana caranya?" Isteri dengan tersenyummenjawab, "Begini, kita tulis apa yang kita tidak suka mengenai pasangan dan berbincang cara untuk mengatasinya tetapi jangan simpan dalam hati dan marah."
Lantas si suami terus bersetuju untuk mencatatkan perkara yang mereka tidak sukai tentang pasangan mereka. Mereka memutuskan untuk tidur berasingan dan memikirkan kekurangan pasangan mereka dan apa yang mereka tidak sukai tentang pasangan mereka.
Pada keesokan harinyaa, si suami turun untuk bersarapan dengan membawa kertas yang tertulis kekurangan isterinya. si isteri yang terlihat kelibat suaminya terus duduk di meja makan dan menghidangkan sarapan pagi kepada suaminya. setelah menjamu selera, suaminya bertanya, "sayang daa buat apa yang kita bincang semalam?"
Si isteri terus mengeluarkan beberapa helai kertas yang berada di atas kerusi, lalu meletakkan di atas meja, begitu juga dengan sang suami. Si suami tersenyum lalu berkata "sayang mulalah dulu." Si isteri membuka lipatan kertas dan terus membaca kekurangan dan perkara yang dia tidak suka mengenai suaminya yang ditulisnya di atas tiga helaian kertas.
suaminya mendengar dengan khusyuk apa yang dibaca oleh isterinya sehingga dia menitiskan air mata. Demi terlihat air mata suaminya, si isteri terus berhenti membaca. Atas rasa bersalah yang mendalam, dia berkata"Abang kalau tak suka, saya tak akan baca dah." Tapi si suami menyuruhnya menyambung membaca. Setelah habis membacakan isi kertas tersebut, tibalah giliran sang suami pula membacakan perkara yang dia tidak suka mengenai isterinyaa.
suaminya membuka dengan perlahan kertas yang berada ditangan. tetapi kertas tersebut kosong. Isterinya berasa hairan lalu bertanya, "kenapa abang tak tulis apa-apa?"
Sang suami tersenyum lantas berkata, "Bagi abang, sayang sudah cukup sempurna. Tak adaapa yang abang tak suka pada sayang dan tak ada apa yang abang akan ubah pada diri sayang."
si isteri tersentak lantas menangis tersedu-sedu. Sesungguhnya, dia sangat terharu mendengar ucapan yang terkeluar daripada mulut suaminyaa. Lantas dia mengambil kertas yang ditulisnya semalam, lalu mengoyaknya sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil.
_________
An interesting story, isn't it?
Manusia memang jarang melihat kehidupan dan kebaikan seseorang. Malah kita lebih suka melihat dan menilai keburukan orang. Cuba kita pandang seseorang dari sisi positif mereka, bukan dari sisi negatif. Kerana setiap manusia itu tidak sempurna. Jangan kita seslalu mencari salah dan cacat cela seseorang, sampai kita tak nampak baik dan kelebihannya.
Have you ever heard this? "ketidaksempurnaan seseorang itu yang membuatkan dia berbeza dengan orang lain." Jadi, hormati kekurangan seseorang itu. Nobody is perfect. Nobody.
Dan apabila kita sayang seseorang itu, kita akan rasa dia orang yang paling sempurna. Tak ada apa yang kita nak ubah. Cause they are perfect in their own ways.
Manusia jarang melihat kekurangan dirinya, tetapi selalu nampak kekurangan orang lain. Teacher said, "People can't see their own mistakes." Jadi, ambil masa. Muhasabah diri. Lihat kekurangan diri sendiri. Dan terima kekurangan orang lain. That will be much better.
Renung2kan dan selamat beramal n.n